Home Bahasa Melayu 3 Maut Terbabit Kemalangan

3 Maut Terbabit Kemalangan

0
0
NX Digital

3 orang warganegara China, termasuk seorang warganegara tempatan maut dalam sebuah kemalangan di Jalan Bintulu-Tatau.

Kemalangan turut menyebabkan seorang lagi yang juga warganegara China cedera parah.

Menurut laporan, kemalangan melibatkan sebuah Toyota Hilux yang dinaiki keempat-empat mereka bertembung dengan sebuah treller berhampiran Jambatan Sungai Sebemban.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan jam 7.45 pagi tadi dan tiba di lokasi kira-kira setengah jam kemudian.

Kemalangan dikatakan berlaku apabila kereta Hilux yang bergerak dari arah Bintulu menuju ke Sibu bertembung dari arah bertentangan dengan treler terbabit.

Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Bintulu untuk tindakan susulan.

NX Digital