Home Bahasa Melayu Didenda Terbabit Aktiviti Pinjaman Wang Tanpa Lesen

Didenda Terbabit Aktiviti Pinjaman Wang Tanpa Lesen

0
0
NX Digital

Seorang ahli lembaga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) didenda RM350,000 selepas didapati bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh kerana menjalankan aktiviti pinjaman wang tanpa lesen di Cheng, Melaka empat tahun lalu.
Hukuman itu diputuskan Hakim Norma Ismail selepas pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap Pang Siew Chan, 48.
Hakim Norma juga mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujudnya kes prima facie terhadap tertuduh.
Siew Chan yang juga ahli perniagaan turut berdepan dengan hukuman penjara 30 bulan jika gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan, Siew Chan didapati memberi pinjam wang sebanyak RM10,000 kepada Ng Yew Moi, 63, sedangkan tidak mempunyai lesen perniagaan pinjaman wang yang sah.
Perbuatan itu dilakukan di sebuah gerai makan di Jalan Cheng Baru, pada Oktober 2013.
Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 (Akta 400).
Sabit kesalahan boleh didenda hingga RM1 juta atau penjara 5 tahun atau kedua-dua sekali.