Home Bahasa Melayu Lelaki Amuk Guna Pisau Di Restoran

Lelaki Amuk Guna Pisau Di Restoran

0
0
NX Digital

Di Parit Buntar, Perak pelanggan sebuah restoran bertempiaran, apabila seorang lelak yang mengamuk, merosakkan peralatan di dalam premis berkenaan, semalam.

Lelaki terbabit turut bertindak mengacukan parang kepada pelanggan.

Dalam rakaman kejadian yang berlaku jam 1.40 pagi ini, lelaki yang tidak berbaju dan hanya berseluar pendek ini dilihat menjerit sambil merosakkan peralatan restoran.

Dia akhirnya ditangkap sepasukan anggota polis dan orang awam sebelum dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

Polis turut merampas parang yang digunakan lelaki berusia 33 tahun ini.

Difahamkan dia akan dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk pemeriksaan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan khianat