Home Bahasa Melayu Perdana Menteri Adakan Pertemuan Dengan Donald Trump

Perdana Menteri Adakan Pertemuan Dengan Donald Trump

0
0
NX Digital

Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di Whote House.

Ketibaan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak disambut sendiri oleh Presiden Trump di West Wing Awning, White House tepat pada jam 11.45 pagi waktu Washington D.C atau 11.45 malam tadi waktu Malaysia.

Datuk Seri Najib, yang berada di Washington D.C di atas jemputan Presiden Trump, kemudian menandatangani buku tetamu.

Selepas sesi bergambar, kedua-dua pemimpin beredar ke Oval Office, iaitu pejabat rasmi Presiden Amerika Syarikat, untuk pertemuan empat mata.

Pertemuan itu diikuti mesyuarat delegasi kedua-dua negara.

NX Digital

Kedua-dua pihak membincangkan pelbagai isu termasuk perdagangan dua hala, hubungan sesama rakyat dan ancaman keganasan.

Selain Presiden Trump, Amerika Syarikat diwakili, antara lain, Naib Presiden Michael R. Pence, Setiausaha Negara Rex Tillerson, Setiausaha Pertahanan James Mattis, Penasihat Keselamatan Negara Leftenan Jeneral H. R. McMaster, Pengarah Majlis Ekonomi Negara Gary Cohn dan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia Kamala Lakhdhir.

Antara yang turut berada bersama Datuk Seri Najib pada mesyuarat itu ialah Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Ramlan Ibrahim dan Duta Besar Malaysia Ke Amerika Syarikat Tan Sri Zulhasnan Rafique.

NX Digital