Home Bahasa Melayu RM5,500 Untuk Sebuah iPhone X

RM5,500 Untuk Sebuah iPhone X

0
0
Slide1

Saat yang ditunggu peminat gadget di seluruh dunia khususnya telefon bimbit model iPhone akhirnya tiba.

Apple akhirnya memperkenalkan produk terbaharu mereka iPhone X dengan harga bermula £999 atau kira-kira RM5,500 seunit.

Syarikat gergasi teknologi berpangkalan di California, Amerika Syarikat, Apple mengumumkan produk terbaharu mereka itu, hari ini.

Slide2

Dalam sesi ucaptama oleh Ketua Pegawai Operasi Apple, Tim Cook, syarikat itu memperkenalkan empat lagi produk keluaran baharu mereka iaitu iPhone 8, iPhone 8 Plus, Apple Watch 3 dan 4K Apple TV.

iPhone X dilengkapi dengan pelbagai teknologi baharu seperti sistem operasi baharu iOS 11, imbasan wajah ‘Face ID’, inovasi pengecasan tanpa wayar, ketiadaan butang ‘home’ dan aplikasi emoji beranimasi yang boleh dikawal menggunakan wajah iaitu ‘Animoji’.

Ia juga mendapat sentuhan rekaan lebih menarik seperti rekaan paparan skrin penuh 5.8 inci Super Retina OLED, diperbuat daripada gelas sepenuhnya, hadir dalam dua storan bersaiz 64GB dan 256GB serta didatangkan dengan pilihan warna ‘space grey’ dan perak.

Slide3