Home Bahasa Melayu 116 Motor Ditahan, 87 Saman Dikeluarkan

116 Motor Ditahan, 87 Saman Dikeluarkan

Lebuh Raya Gutrie sering di jadikan litar berlumba bagi samseng jalan raya pada setiap di hujung minggu.

Kegiatan mereka bukan sahaja mengundang bahaya pada diri sendiri malah pengguna jalan raya lain.

Awal pagi tadi sepasukan polis trafik Selangor melakukan serbuan bagi mengekang kegiatan haram terbabit.

Serbuan bermula jam 1 pagi.

Dengan kekuatan seramai 20 pegawai dan 102 anggota, lebuh raya berkenaan di tutup di kedua hala.

Ketika serbuan samseng jalan raya terbabit sedang ligat beraksi.

Menyedari kehadiran pihak berkuasa mereka melarikan diri.

Lebih 300 buah motorsikal di percayai berada di litar terbabit sebelum serbuan.

Bagaimanapun ada yang berjaya meloloskan diri melalui lorong tikus.

Hasil serbuan itu sebanyak 116 buah motorsikal termasuk penunggang dan pembonceng berjaya di tahan untuk diperiksa.

Sebanyak 87 saman di keluarkan atas pelbagai kesalahan.

Manakala 41 buah motorsikal di sita kerana mengubahsuai motorsikal.

Tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh antara yang banyak di kesan.

Seramai lapan penunggang di tahan kerana menunggang secara melulu dan merbaya dan akan di siasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dua buah motorsikal curi turut di kesan.

Operasi berakhir jam 5 pagi.