Home Terkini 37 Penumpang Cedera Bas Terbalik

37 Penumpang Cedera Bas Terbalik

Bas persiaran terbalik di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban.
Bas persiaran terbalik di Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban.

37 penumpang cedera selepas sebuah bas persiaran terbalik di Kuala Lumpur.

Kejadian berlaku 9 pagi tadi di Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban.

Bas membawa 44 penumpang itu dalam perjalanan dari Ampang ke Puchong.

Ketika kejadian jalan licin kerana hujan lebat.

Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Hospital Serdang dan Hospital Kuala Lumpur.