Home Bahasa Melayu 58 Maut Dalam Serangan Udara

58 Maut Dalam Serangan Udara

Sekurang-kurangnya 58 orang terbunuh dan 90 cedera dalam serangan udara di pasar dan kawasan yang dikuasai pemberontak, dekat barat laut Idlib, Syria, hari ini.

Pasukan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria melaporkan, serangan itu dilakukan sehari selepas Russia dan Amerika Syarikat bersetuju mengadakan gencatan senjata untuk Syria.

Menurut Badan Pemerhati Hak Asasi Syria, mangsa terkorban termasuk 13 wanita dan 13 kanak-kanak.

Ada mayat dikatakan rentung tanpa dapat dikenal pasti identitinya.

Serangan udara itu turut memusnahkan beberapa kedai dan kereta.

Dalang serangan masih belum dikenal pasti.

Lebih 290,000 rakyat Syria terbunuh sejak konflik tercetus pada Mac 2011.