Home Terkini Ancaman Daesh: Kawalan Keselamatan Pulau Pinang Dipertingkat

Ancaman Daesh: Kawalan Keselamatan Pulau Pinang Dipertingkat

Pihak polis mengenal pasti beberapa lokasi dan menjalankan pengawasan berterusan - Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab. Foto: NSTP
Pihak polis mengenal pasti beberapa lokasi dan menjalankan pengawasan berterusan – Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab. Foto: NSTP

Kawalan keselamatan di semua tempat awam di Pulau Pinang diperketat sebagai langkah berjaga-jaga terhadap ancaman militan Daesh.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, pihak polis telah mengenal pasti beberapa lokasi dan menjalankan pengawasan berterusan di kawasan itu.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihak polis telah memberi amaran di seluruh negara untuk memantau pergerakan kumpulan Daesh terutama menjelang sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini.

Pihak polis tidak menolak ancaman keganasan itu, berikutan penahanan tiga suspek militan Daesh di Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang.

Suspek disyaki cuba melancarkan serangan pada Malam Ambang Merdeka, 30 Ogos lalu.

Orang ramai diminta memaklumkan kepada pihak polis mengenai sebarang aktiviti mencurigakan dan boleh mengancam keselamatan negara.