Home Bahasa Melayu ATM Terus Perkasa Keupayaan Pasukan

ATM Terus Perkasa Keupayaan Pasukan

Angkatan Tentera Malaysia, ATM akan terus memperkasa dan memantapkan keupayaannya menerusi langkah “Transformasi ATM”.

Menurut Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin ia bagi menjadikan ATM sebagai sebuah pasukan mantap dan berwibawa untuk mendepani sebarang ancaman dan cabaran masa depan.

Tan Sri Zulkifeli turut menegaskan ATM akan mempertingkatkan operasi gabungan dan bersama melibatkan tentera negara jiran.

Jelasnya ia bagi menjamin tahap keselamatan di perairan negara terlibat berada dalam keadaan baik.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa Majlis Perbarisan Hari ATM Ke-83 di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi.

Seramai 33 orang pegawai dan 583 anggota tentera darat, laut dan udara terlibat dalam perbarisan terbabit yang diketuai Pegawai Memerintah Batalion Ke-5 Rejimen Askar Melayu Diraja, Leftenan Kolonel Samsuri Noordin.

Tan Sri Zulkefli turut menyampaikan pingat perkhidmatan setia kepada 10 warga ATM manakala 9 staf awam menerima Sijil Kepujian PAT.