Pasukan polis marin dengan kerjasama Sarawak Forestry Corporation (SFC) telah berjaya merampas beberapa peralatan serta kayu balak bernilai lebih RM460, 000 pagi tadi.
Operasi yang dijalankan jam 9.05 pagi tadi di kem balak Kampung Dit, Sarikei telah membawa kepada rampasan 39 batang kayu pelbagai jenis, dua buah excavator dan sebuah gergaji berantai.
Susulan operasi, laporan telah dibuat di Balai Polis Debak dan kes diserahkan kepada Jabatan Hutan Sarikei untuk tindakan lanjut.