Home Bahasa Melayu Bekas Ketua Menteri Melaka Didenda

Bekas Ketua Menteri Melaka Didenda

Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik didenda RM1,900 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam setelah bekas Ketua Menteri Melaka itu mengaku bersalah atas tuduhan pilihan menggunakan aplikasi Facebook dengan melakukan penghantaran komen yang jelik terhadap Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Kesalahan dilakukan tahun lalu.

Hakim Slamat Yahya turut menegur perbuatan beliau yang sepatutnya menghormati dan memelihara Institutsi Diraja yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Hakim memerintahkan Tan Sri Abdul Rahim menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal bayar denda.

Terdahulu pada prosiding itu Tan Sri Abdul Rahim memohon maaf kepada Sultan Selangor, Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Amir Shah.

Hakim turut membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menarik tuduhan asal yang dibuat di bawah Akta Hasutan.