Home Bahasa Melayu Budayakan Kepada Kanak-Kanak Seawal 3 Tahun

Budayakan Kepada Kanak-Kanak Seawal 3 Tahun

Pengusaha taska dan pra-sekolah di negara ini dipelawa untuk mengambil bahagian dalam kajian rintis pembangunan buku panduan guru, keselamatan jalan raya bagi anak-anak kecil seawal tiga tahun.

Modul baharu itu menurut Pengerusi Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye bagi memudahkan lagi proses membentuk pengguna jalan raya yang lebih berhemah seperti rebung yang lebih mudah dilentur berbanding buluh.