Home Bahasa Melayu China Keluarkan Amaran Keselamatan Tahap Tertinggi

China Keluarkan Amaran Keselamatan Tahap Tertinggi

Taufan Meranti yang membadai Taiwan semalam kini telah tiba ke tanah besar China, mengakibatkan tanah runtuh di Xiamen, wilayah Fujian.

Meranti membawa bersama angin kencang dengan kelajuan 370 kilometer sejam, lebih laju daripada kereta Formula 1 selain membawa hujan lebat.

Sebaik membadai tanah besar kelajuan angin menurun dan kekal pada paras maksimum 230 kilometer sejam.

Kekuatan Meranti mencetuskan amaran keselamatan tahap tertinggi terutama paras ombak yang mengancam sebarang aktiviti laut.

Pasukan keselamatan melipatgandakan kesiapsiagaan.

Meranti diramal beransur lemah apabila bergerak semakin jauh ke daratan.

Bagaimanapun hujan lebat, tanah runtuh dan angin kencang yang berbahaya diramal akan berterusan untuk tempoh 48 jam akan datang.

Sementara itu di timur China, Meranti diramal akan mengakibatkan banjir lumpur.

Meranti dianggap sebagai taufan kategori lima iaitu yang keempat dalam sejarah dunia selepas Winston, Fantala dan Nepartak.