Home Bahasa Melayu Datuk Abdul Rahman Ahmad Dilantik Presiden Dan CEO Baharu

Datuk Abdul Rahman Ahmad Dilantik Presiden Dan CEO Baharu

Permodalan Nasional Berhad PNB melantik Datuk Abdul Rahman Ahmad sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan yang baharu berkuatkuasa satu Oktober depan.

Beliau menggantikan Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman yang akan bersara berkuatkuasa 30 September ini, selepas 37 tahun bersama kumpulan PNB.

Dalam satu kenyataan PNB juga mengumumkan persaraan Tan Sri Hamad namun akan terus berkhidmat sebagai Pengerusi PNB Development Sdn Bhd.

Pengerusi PNB Tan Sri Abdul Wahid Omar dan Lembaga Pengarah juga mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Hamad atas perkhidmatan cemerlang dan komitmen beliau dalam menjadikan PNB sebagai sebuah institusi pelaburan utama dan dihormati di negara ini.

Beliau telah memainkan peranan penting dalam memastikan pulangan yang kompetitif dan berterusan kepada pemegang unit PNB.

Datuk Abdul Rahman memiliki pengalaman lebih 25 tahun dalam bidang audit, korporat dan ekuiti swasta.

Tan Sri Wahid berharap dapat bekerjasama dengan deliau untuk membangunakan kekuatan sedia ada dan membawa PNB ke fasa pembangunan korporat dengan lebih berjaya.

Sebelum ini, Datuk Abdul Rahman merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Berhad dan Malaysian Resources Corporation Berhad MRCB.