Home Bahasa Melayu Dipertikai Kesahihan Berkaitan Sejuta Tanda Tangan

Dipertikai Kesahihan Berkaitan Sejuta Tanda Tangan

Deklarasi Rakyat yang kononnya ditandatangani 1.3 juta rakyat Malaysia dipertikai kesahihannya.

Bukan sahaja disifatkan sebagai ‘gimik’ kepada Parti Pribumi baharu yang ditubuhkan, malah tidak mengikut sistem demokrasi seperti yang dicanang Tun Doktor Mahathir ketika era pentadbirannya.

Menurut beliau, Deklarasi Rakyat sewajarnya dimanifestasikan menerusi peti undi.

Itu adalah Deklarasi Rakyat sebenar dan bukannya mendapatkan tandatangan di jalanan.

Ujarnya penubuhan sesuatu kerajaan di seluruh dunia menggunakan kertas undi.

Tindakan ini adalah amalan demokrasi yang sebenar.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai Deklarasi Rakyat yang diserahkan Tun Mahathir kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah kelmarin.