Home Bahasa Melayu Dua Lagi Kes Babitkan Dua Beradik

Dua Lagi Kes Babitkan Dua Beradik

Dua lagi kes jangkitan virus Zika membabitkan adik-beradik dikesan di Miri, Sarawak dan Setapak, Kuala Lumpur, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak enam kes dilaporkan di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, kes kelima membabitkan wanita berumur 35 tahun yang hamil dua bulan di Miri, dan pernah bekerja di Singapura sebelum ini.

Kali terakhir wanita itu melawat Singapura selama enam hari iaitu antara 24 hingga 29 Julai.

Beliau berkata, pesakit itu telah ke klinik swasta di Miri pada 6 September lalu kerana mengalami demam yang berpanjangan dan selesema serta sakit tekak.

Dan kemudian dimasukkan ke hospital di Miri Ahad lalu untuk pemeriksaan lanjut.

Kesemua enam anggota keluarga yang tinggal serumah dengan wanita itu tidak menunjukkan sebarang gejala dan tanda-tanda jangkitan Zika.

Bagaimanapun, kakaknya yang tinggal di Setapak turut dijangkiti selepas dimasukkan ke Hospital Di Kuala Lumpur.

Tambah Datuk Seri Dr. Subramaniam sejak 1 September lalu, 68 kes yang didapati mempunyai tanda-tanda virus Zika telah dilaporkan, namun semua keputusan ujian, negatif.