Home Bahasa Melayu Dua Lelaki Didakwa Bunuh Pelajar

Dua Lelaki Didakwa Bunuh Pelajar

Di Mahkamah Majistret Alor Gajah, seorang pemandu dan seorang pekerja kilang berdepan hukuman mati selepas didakwa atas tuduhan membunuh seorang pelajar tingkatan lima, bulan lalu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh iaitu Mohd Apandi A. Aziz, 42, dan Muhammad Aqil Ikram Zamri, 18.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua lelaki terbabit didakwa membunuh mangsa yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Mohd Shahrul Asri Rosainif.

Kesalahan dilakukan di tepi jalan Kampung Telok Gong, Kuala Sungai Baru pada jam 11 malam, 19 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Hakim Nor Azizah Yusof menetapkan 5 Oktober depan untuk sebutan semula kes.