Home Terkini Dua Sepupu Hilang Ketika Berenang di Sungai Perak

Dua Sepupu Hilang Ketika Berenang di Sungai Perak

Bomba menjalankan operasi mencari kedua-dua remaja yang lemas.
Bomba menjalankan operasi mencari kedua-dua remaja yang lemas sehingga malam semalam.

Di Kampung Gajah, Parit, Perak, dua sepupu dikhuatiri lemas ketika mandi manda di Sungai Perak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar Zaiful Effendi Ahmad berkata kejadian berlaku petang semalam.

Pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada jam 6.56 petang.

Semasa kejadian, Mohamad Amirul Rosman, 18 tahun cuba menyelamatkan Mohammad Isma Daniel Mohd Firdaus Jim, 15 tahun, yang lemas.

Bagaimanapun Mohamad Amirul yang dipercayai tidak tahu berenang gagal menyelamatkan sepupunya.

Sehingga malam tadi, operasi mencari kedua-dua remaja berkenaan giat dijalankan.