Home Bahasa Melayu Empat Jabatan Dipantau Petugas Khas DBKL-SPRM

Empat Jabatan Dipantau Petugas Khas DBKL-SPRM

Empat jabatan dalam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang diteliti secara khusus membabitkan sistem dan prosedur oleh pasukan petugas khas.

Menurut Datuk Bandar, Datuk Seri Mohd Amin Abd Aziz empat jabatan itu membabitkan jabatan perancangan bandaraya, perumahan, sumber manusia serta perancangan ekonomi dan pembangunan yang melibatkan kira-kira 2000 kakitangan.

Menurut beliau, langkah pertama yang diambil apabila kakitangan yang telah membeli rumah daripada pemaju DBKL tidak dibenarkan untuk membuat perkara yang sama.

Pada 15 Ogos lalu SPRM menahan seorang pegawai kanan DBKL berpangkat datuk seri kerana disyaki terlibat kegiatan rasuah, penyalahguna kuasa dan pengubahan wang haram.

Lanjutan daripada penahanan itu, SPRM dilaporkan telah menyiasat kira-kira 30 kakitangan DBKL dipercayai bersekongkol dengan suspek berkenaan.