Home Bahasa Melayu Facebook Kurangkan ‘Posting’ Umum Berita

Facebook Kurangkan ‘Posting’ Umum Berita

NX Digital

 

Ada perubahan besar nak dilakukan oleh Facebook.

Facebook akan mengurangkan ‘posting’ umum daripada penerbit seperti berita organisasi.

Pendekatan baharu yang ingin diambil Facebook, memberi fokus terhadap interaksi bersama rakan dan keluarga.

Pengumuman itu dibuat oleh pemilik rangkaian media sosial itu, Mark Zuckerberg di dalam entri terbaharu melalui akaun facebook rasmi miliknya baru-baru ini.

Menurut Zuckerberg, ‘Facebook News Feed’ menjadi terlalu padat dengan berita mengenai perniagaan, jenama dan media.

Ini menjadikan Facebook menerima pelbagai kritikan termasuk masalah sosial dan masalah politik seperti pembuli siber dan berita palsu.

Katanya, Facebook sepatutnya lebih banyak tertumpu kepada kandungan umum daripada rakan-rakan dan keluarga.

Keseimbangan yang ada dalam suapan berita telah menyimpang jauh daripada apa yang sepatutnya Facebook lakukan.

Facebook diperkenalkan sejak 2004, memiliki lebih 2 billion pengguna setiap bulan.

Zuckerberg kini memiliki harta anggaran sebanyak $74 billion dan menjadikan beliau individu kelima terkaya di dunia.