Home Bahasa Melayu Gabungan NGO Beri Kata Dua

Gabungan NGO Beri Kata Dua

Gabungan NGO Malaysia mengulangi amaran kepada penganjur perhimpunan Bersih 5, akan menentang habis-habisan penganjuran perhimpunan berkenaan.

Pengerusinya, Datuk Seri Jamal Md Yunos dengan nada tegas memberi amaran kepada penganjur Bersih 5, agar menghormati undang-undang atau berdepan tindak balas dari kumpulan mereka.

Katanya jika penganjur Bersih 5 mahu menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan, gerakan Baju Merah juga berhak melindungi pemimpin negara yang dipilih secara demokratik.