Home Bahasa Melayu Gempur Warga Asing

Gempur Warga Asing

https://www.youtube.com/watch?v=zsjAaefRH_g

Lebih 1400 warga asing ditahan sepanjang dua bulan Ops Nyah 2 dilaksanakan sekitar lembah Klang bermula 18 Julai lalu.

ketua Jabatan Ketenteraman Awam Kuala Lumpur, Supritendan Muhammad Shamsuddin memaklumkan kebanyakan warga asing yang diberkas, tidak memiliki dokumen pejalanan yang sah, permit tamat tempoh serta menyalahgunakan pas lawatan. Dalam operasi di sekitar Pudu yang berakhir awal pagi tadi, 22 warga asing ditahan kerana didapati melakukan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen.

Kesemua mereka berusia lingkungan 30-an dipercayai berkhidmat sebagai GRO, dengan mencari pelanggan dari meja ke meja disebuah restoran di Jalan Gelang. Mereka yang ditahan dibawa ke ibu pejabat polis kontinjen, ipk kuala lumpur untuk tindakan lanjut. Sepanjang Ops Nyah 2, polis melakukan pemeriksaan ke atas lebih 3400 warga asing menerusi 10 operasi.

Operasi tertumpu di kawasan strategik yang menjadi tumpuan golongan terbabit. Ia termasuk kawasan medan selera, restoran, pangsapuri serta mereka yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Ops Nyah 2 dilaksanakan bagi mencegah jenayah melibatkan warga asing serta bertujuan mengurangkan masalah sosial yang sering ditimbulkan oleh golongan berkenaan. Ops Nyah 2 juga akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi mengurangkan masalah kebanjiran warga asing di sekitar ibu kota.