Setakat ini, hanya Barisan Nasional (BN) yang menghantar senarai calon Pilihan Raya Umum Ke-14 kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disaring bagi tujuan menyemak sama ada mereka terbabit dalam rasuah.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, sehingga kini pihaknya masih tidak menerima senarai calon PRU-14 daripada parti pembangkang.
“Tugas SPRM hanya menyaring senarai calon dan kita menyerahkan laporan kembali berhubung status calon kepada parti itu. Terpulang kepada parti untuk mengambil selanjutnya sama ada layak bertanding atau sebaliknya,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan bilik gerakan PRU-14 SPRM di Putrajaya.
Katanya, pihaknya telah menyerahkan laporan saringan calon-calon kepada BN.
Bagaimanapun, SPRM tidak boleh mendedahkan status laporan itu kerana ia tertakluk di bawah Akta Kerahsiaan.