Home Bahasa Melayu ‘Help Desk’ Di KLIA Bantu Hadapi Pasport Bermasalah

‘Help Desk’ Di KLIA Bantu Hadapi Pasport Bermasalah

Pembekal serta vendor cip pasport baharu diarah‎ menempatkan pegawai mereka di kaunter masuk dan keluar KLIA bagi membantu mengatasi masalah pasport bercip tidak dapat dibaca semasa melalui pagar automatik.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, langkah itu penting kerana sejak penggunaan pasport bercip diperkenalkan Mei lalu, masalah itu dan berkaitan server, kerap berlaku.

Masalah ini menjadi punca utama berlakunya kes penumpang terpaksa berbaris panjang di pintu masuk dan keluar lapangan terbang.

Beliau menambah satu perbincangan bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN dan Jabatan Insolvensi akan diadakan dalam masa terdekat.

Ia bagi memperhalusi masalah warganegara yang disekat ke luar negara di lapangan terbang akibat beberapa isu termasuk hutang pendidikan atau tunggakan cukai.