Home Bahasa Melayu Jangan Usik Hak Istimewa Orang Melayu

Jangan Usik Hak Istimewa Orang Melayu

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terus dibidas kerana mempertahankan keputusan kerajaan negeri yang memansuhkan diskaun 10% untuk bumiputera bagi pembelian pangsapuri jenis SOHO dan SOVO.

Sebagai pemimpin melayu, Timbalan Presiden PKR itu seharusnya mempertahankan dasar sebelum ini dan jika wujud kelompangan sekalipun, lakukan penambahbaikan dan bukan bertindak semberono.