Home Bahasa Melayu Jika Majikan Industri Lindungi Pati

Jika Majikan Industri Lindungi Pati

Akaun mahupun aset majikan industri yang menggaji dan melindungi pendatang asing tanpa izin, akan disita dan dibeku,jika didapati bersalah atas perbuatan itu.

Penguatkuasaan undang-undang, bermula bulan depan itu selaras dengan peruntukan seksyen 56 kurungan satu di bawah akta imigresen 1956.

Matlamatnya,menyedarkan majikan mengenai kepentingan mematuhi peraturan berkaitan pemilikan dan tempoh masa pasport, visa dan permit kerja individu yang digaji.

Datuk seri mustafar ali yang menghadiri program ibadah korban di depot tahanan imigresen lapangan terbang antarabangsa kuala lumpur, sepang, mengakui perjalanan proses penggajian pekerja asing di negara ini masih tidak teratur.

Jabatan Imigresen sehubungan itu tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana majikan yang ingkar dan masih menggaji PATI.