Home Terkini Kemalangan Berasingan di Melaka & Johor, 6 Maut

Kemalangan Berasingan di Melaka & Johor, 6 Maut

Kemalangan di Jalan Machap-Durian Tunggal, tiga terbunuh.
Kemalangan di Jalan Machap-Durian Tunggal, tiga terbunuh.

Enam maut dalam dua kemalangan berasingan di Alor Gajah, Melaka dan Kluang, Johor.

Dalam kejadian di Jalan Machap-Durian Tunggal, tiga terbunuh apabila sebuah kereta Toyota Vios yang datang dari arah Machap terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah Proton Saga.

Nahas berlaku sekitar jam lima pagi tadi, ketika hujan renyai dan gelap.

Mangsa yang terbunuh dikenali sebagai P. Raman, 51 tahun, Yap Chin Soon, 22 tahun dan Yong Hah Ah, 22 tahun.

Tiga lagi mangsa, Sin Jia Chung, 22 tahun, Lee Sue Xuan, 23 tahun dan Lee Lian Kuang, 22 tahun cedera parah dan dihantar ke Hospital Melaka.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supritendan A. Asmadi Abdul Aziz berkata, akibat kemalangan, pemandu dan penumpang kereta Proton Waja serta Toyota Vios tersepit dalam kereta.