Home Bahasa Melayu Kerajaan Kelantan Berterima Kasih Kepada Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Kelantan Berterima Kasih Kepada Kerajaan Persekutuan

Kerajaan negeri Kelantan berterima kasih kepada kerajaan persekutuan, kerana memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air negeri itu setelah hampir lapan tahun tertangguh.

Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob berkata, dengan perjanjian itu, peruntukan kewangan bagi program pembangunan bekalan air pada masa hadapan akan lebih terjamin, selain mengukuhkan komitmen antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri.