Home Bahasa Melayu Kerajaan Negeri Dicabar Buktikan Moto Negeri Berkebajikan

Kerajaan Negeri Dicabar Buktikan Moto Negeri Berkebajikan

Sikap Pejabat Tanah Daerah Gombak yang akan merobohkan premis peniaga kecil di Jalan Batu Tujuh, Hulu Klang, Selangor memaksa mereka meminta campur tangan Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali.

Ia berikutan keresahan 35 peniaga berkenaan apabila tempoh 30 hari yang diberi pejabat tanah untuk mengosongkan premis perniagaan mereka hampir tamat.

Sekali gus Datuk Seri Azmin diminta membuktikan moto yang diwar-warkan kerajaan negeri bahawa selangor adalah negeri berkebajikan.