Home Bahasa Melayu KWSP Umum Penutupan Sementara Cawangan PJ

KWSP Umum Penutupan Sementara Cawangan PJ

NX Digital

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan cawangan dan pejabat Petaling Jaya ditutup buat sementara waktu sehingga diumumkan kelak berikutan kejadian kebakaran di bangunan terbabit.

KWSP dalam satu kenyataan berkata, Pasukan Pengurusan Krisis Cawangan sedang bekerja dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang akan memastikan kebakaran tidak merebak ke tingkat lain atau kawasan sekitar.

Pihaknya memberi jaminan kepada ahli bahawa integriti maklumat dan simpanan ahli tidak terjejas.

KWSP akan sentiasa memantau situasi dan akan memaklumkan sebarang perkembangan setelah operasi cawangan dibuka semula.

Ahli dan majikan yang ingin menjalankan sebarang transaksi dengan KWSP dinasihatkan untuk menghubungi atau mengunjungi cawangan KWSP terdekat yang terletak di ibu pejabat KWSP Jalan Raja Laut.

Selain itu, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-8922 6000 atau menghantar pertanyaan melalui lamanweb myEPF di http://enquiry.kwsp.gov.my.