Home Bahasa Melayu Lakukan Jenayah Ragut Untuk Beli Dadah

Lakukan Jenayah Ragut Untuk Beli Dadah

Seorang lelaki melakukan kegiatan meragut sejak 2 bulan lalu di sekitar George Town untuk membeli dadah.

Dia bagaimanapun berjaya ditahan pihak polis di rumahnya di Paya Terubong, Pulau Pinang.

Lelaki terbabit yang berusia 27 tahun ditahan kira-kira jam 11 malam, 2 jam selepas dia meragut beg tangan seorang wanita di sebuah pasaraya di Bandar Baru Ayer Itam.

Suspek juga dikesan cuba mengelirukan orang ramai dengan menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Suspek kini direman selama 7 hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Dengan penahanan itu, polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 15 kes ragut di sekitar bandar ini.