Home Bahasa Melayu Lembu Korban Terlepas Sejauh 6 Kilometer

Lembu Korban Terlepas Sejauh 6 Kilometer

13 ekor lembu korban terlepas dan memasuki jalan utama di Kubang Buaya, Teluk Cempedak, Kuantan.

Insiden itu menyebabkan kira-kira 20 petugas yang sedang melaksanakan ibadah korban di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Tok Sira, Kuantan Pahang panik.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, tali yang mengikat lembu terbabit dipercayai terputus ketika proses penyembelihan.

Haiwan berkenaan lari bertempiaran sejauh 6 kilometer.

Selepas tiga jam, lembu terbabit berjaya ditangkap di Jalan Tengku Muhammad.

Ibadah korban selesai kira-kira jam 2 petang tadi, dan daging sembelihan diagih-agihkan kepada kariah sekitar kawasan berkenaan.