Home Bahasa Melayu Makanan Kesihatan Tambahan Rakyat Malaysia

Makanan Kesihatan Tambahan Rakyat Malaysia

Kempen bagi menggalakkan amalan pengambilan madu tempatan sebagai makanan kesihatan tambahan bagi rakyat Malaysia, dilancarkan pagi tadi.

Kempen “Mulakan Hari Anda Dengan Madu” dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia, Mardi, Datuk Doktor Sharif Haron.

Serentak dengan majlis itu juga, beliau turut melancarkan Kelulut Walk 2016 sempena dengan Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia, MAHA 2016.

Untuk memberi penerangan kepada orang ramai di seluruh negara tentang kebaikan madu kelulut, juruteknik dari Terengganu Sabri Ali dilantik Duta Madu Kelulut.

Beliau akan berjalan secara solo sejauh 2000 kilometer merentasi 14 buah negeri selama 50 hari bermula pada 8 Oktober 2016 di Taman Botani Negara, Shah Alam.