Home Bahasa Melayu Maut Terkena Bilah Traktor Mesin Rumput

Maut Terkena Bilah Traktor Mesin Rumput

NX Digital

Seorang pelajar perempuan maut manakala dua rakannya cedera akibat terkena bilah traktor mesin rumput di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abd Rahman, Gemas, Negeri Sembilan, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Abd Razak berkata, dalam kejadian 10.30 pagi itu, mangsa Nur Afini Roslan, 14 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian selepas kepalanya terpotong dua dipercayai selepas terkena bilah berkenaan.

Insiden itu juga menyebabkan dua pelajar cedera ringan iaitu Abdullah Hazlan dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam masing-masing berusia 14 dan 13 tahun.

NX Digital

Katanya ketika kejadian, ketiga-tiga pelajar berkenaan berada berhampiran traktor berkenaan yang sedang memotong rumput di padang sekolah itu.

Bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tampin untuk bedah siasat manakala pelajar yang cedera dibawa ke Klinik Kesihatan Gemas untuk rawatan.