Home Bahasa Melayu Mayat Terakhir Kanak Kanak Ditemui

Mayat Terakhir Kanak Kanak Ditemui

Mayat seorang lagi kanak-kanak perempuan Orang Asli berumur 10 tahun yang hilang selepas terjatuh di Sungai Bidor semalam.

Mayat Sheetel Kulop, 10, ditemui kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian oleh pasukan penyelamat jam 7.20 pagi tadi.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat.

Semalam, upacara keagamaan bagi 30 Orang Asli dari beberapa keluarga di Sungai Bidor, Batu 6 bertukar tragedi apabila dua budak dan seorang remaja perempuan lemas.

Dua mayat mangsa, Sherrel Kulop, 11, yang merupakan kakak kepada Sheetel dan sepupunya Norzehan Long Asing, 13, ditemui pada hari yang sama oleh anggota keluarga masing-masing tidak jauh dari lokasi kejadian.

Ketiga-tiga mangsa dikatakan tergelincir dari tebing sungai semasa sedang mandi.