Home Bahasa Melayu Medan Selera Upah Pelayan Wanita Asing Diserbu

Medan Selera Upah Pelayan Wanita Asing Diserbu

Sebuah premis medan selera yang menggunakan wanita warga asing untuk menarik pengunjung khususnya lelaki warga emas diserbu pihak berkuasa malam tadi.

Medan selera yang terletak di kawasan pudu di ibu negara itu diserbu Bahagian D7 Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur bersama polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.

Serbuan diketuai, ASP Ahmad Nazri Mohd Adnan bersama 15 pegawai dan anggota.

Ketika serbuan terdapat pelayan wanita warga asing sedang melakukan pertunjukan pentas dan pengunjung pula mengalungkan bunga yang bernilai antara RM10 hingga RM50.

Sebaik saja diserbu pelanggan dan pelayan premis medan selera itu bertempiaran lari dan cuba bersembunyi.

Hasil serbuan,seramai 9 wanita warga china dan 4 warga vietnam ditahan.

Empat daripada mereka tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan manakala selebihnya meggunakan pas lawatan sosial.

Empat wanita serta seorang lelaki tempatan turut ditahan bagi membantu siasatan.

Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke IPD Wangsa Maju untuk tindakan lanjut.

Polis turut menyita peralatan sistem audio di premis berkenaan.