Home Bahasa Melayu Norashikin Abdul Rahman, Tengku Permaisuri Selangor

Norashikin Abdul Rahman, Tengku Permaisuri Selangor

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik Konsort baginda, Datin Paduka Seri Norashikin Abd Rahman, sebagai Tengku Permaisuri Selangor, berkuat kuasa semalam.

Setiausaha Dewan di-Raja Selangor, Hanafisah Jais, dalam satu kenyataan berkata keputusan itu dibuat selepas berunding dengan Dewan di-Raja Selangor yang bersidang semalam.

Baginda berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor, SPMS, yang membawa gelaran Datin Paduka Seri kepada Norashikin. 

Dengan pelantikan itu, Norashikin akan memakai gelaran Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Sultan Selangor melangsungkan perkahwinan dengan Tengku Permaisuri Norashikin di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang, pada 31 Ogos lalu.