Home Bahasa Melayu Nur Darleen Dazeera Azhar Ditemukan Selamat

Nur Darleen Dazeera Azhar Ditemukan Selamat

Seorang pelajar tingkatan tiga, Nur Darleen Dazeera Azhar yang dilaporkan diculik di hadapan rumahnya di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor ditemukan selamat kira – kira jam 2.30 petang semalam.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn Dua Di Cheras, Selangor itu ditemukan selamat oleh orang awam yang dikenali sebagai Juliana Jeffery.

Menurut Juliana, dia terserempak dengan gadis malang itu yang berjalan berseorangan ketika mahu pulang ke rumahnya.

Dalam kejadian pagi semalam, remaja berusia 15 tahun ini dilaporkan sedang menunggu van sekolah di hadapan rumahnya.

Dua lelaki bermotosikal didakwa telah menarik dan memaksanya duduk di antara mereka sebelum memecut laju.