Home Bahasa Melayu Pecah Amanah RM18 Juta

Pecah Amanah RM18 Juta

Bekas pengurus kilang pemerosesan getah milik Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia MARDEC didakwa di Mahkamah Sesyen, Ipoh, Perak atas dua pertuduhan pecah amanah melibatkan kerugian lebih RM18 juta kepada perbadanan itu.

Tertuduh, Muhammad Faizal Sudin, 39 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebat dan boleh dikenakan denda.

Muhammad Faizal diarahkan membayar wang jaminan RM400,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan dua orang penjamin.

Dia turut diperintah menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis berhampiran tempat tinggalnya sebulan sekali.