Sepasang suami isteri ditahan setelah memperdaya dan menyamun 21 pelancong warga asing dengan menyamar sebagai polis antarabangsa.
Kegiatan itu dilakukan sejak tiga bulan lalu di sekitar ibu negara.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Shaharudin Abdullah berkata, suspek yang juga warganegara Iran tiba di negara ini Julai tahun lalu sebagai pelancong.
Suspek ditahan di Seri Kembangan dalam serbuan pada 26 Mac lalu.
Polis turut merampas wang tunai dari 24 negara berjumlah lebih RM11,000 dipercayai hasil wang samun.
Suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 357 Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.
Dalam sidang media sama, polis merampas tujuh laras senjata tiruan yang dijual di sebuah kedai hobi dalam sebuah pusat beli belah semalam.
Kedua-dua suspek terlibat dengan perniagaan menjual barangan hobi selama enam tahun.
Mereka kini direman untuk disiasat di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960 atas kesalahan memiliki dan mengimport senjata tiruan.