Home Bahasa Melayu Penerbangan Pertama Jemaah Haji Pulang Ke Tanah Air Sabtu Ini

Penerbangan Pertama Jemaah Haji Pulang Ke Tanah Air Sabtu Ini

Penerbangan pertama yang membawa pulang jemaah haji Malaysia dijadual pada Sabtu ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, mereka terdiri daripada 450 jemaah haji melalui penerbangan KT02.

Semua jemaah terbabit akan berlepas melalui penerbangan Saudi Arabia, SV5644.

Kumpulan jemaah berkenaan akan berlepas melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah ke Kuala Lumpur pada jam 10.00 malam waktu tempatan.

Seramai 22,320 jemaah haji negara menunaikan ibadat haji pada musim kali ini.

Kesemua mereka tiba di tanah suci mulai 4 Ogos lalu, membabitkan keseluruhan KT47.

Ketika ini para jemaah berada di Mina bagi ibadah melontar jamrah.