Home Bahasa Melayu Penunggang Motosikal Berusia 23 Tahun Ditangkap

Penunggang Motosikal Berusia 23 Tahun Ditangkap

Seorang pekerja restoran berusia 23 tahun ditahan polis Kota Kinabalu kerana disyaki terlibat dalam insiden langgar lari seorang pelajar perempuan di Jalan Kolam, Luyang, Kota Kinabalu.

Ketua Polis Kota Kinabalu ACP M Chandra berkata suspek ditahan jam 8.00 pagi tadi dan disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 5 tahun atau denda atau kedua duanya sekali.

Dalam kejadian jam 5.55 petang semalam, seorang pelajar perempuan cedera setelah dilanggar sebuah motosikal yang tidak mematuhi lampu isyarat merah.

Ketika kejadian, suspek dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja di Karamunsing dari arah Foh Sang, Luyang.

Siasatan awal polis mendapati suspek bukan berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol dan mempunyai lesen memandu yang sah.

Video insiden langgar lari itu direkod seorang pengguna jalan raya.