Home Bahasa Melayu Perak Dicadang Sebagai Lokasi Pembinaan Projek Aeroangkasa

Perak Dicadang Sebagai Lokasi Pembinaan Projek Aeroangkasa

Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memaklumkan, sebuah universiti awam dan syarikat antarabangsa berhasrat membangunkan projek aeroangkasa di bahagian utara negeri itu.

Tanpa mendedahkan nama universiti dan syarikat berkenaan serta tempoh pembinaannya, beliau berkata, projek yang akan dibangunkan ialah pembinaan stesen di daratan.

Jelas beliau, pihak berkuasa pelaksanaan koridor utara, NCIA telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi penyelaras kepada pelaksanaan cadangan itu.

Cadangan menjadikan perak salah satu lokasi berikutan negeri itu berada di dalam putaran orbit sebuah satelit yang digunakan dalam projek terbabit.

Antara kawasan yang menjadi pilihan pembinaan ialah di Kamunting.

Pengumuman terperinci mengenainya akan dibuat dalam tempoh terdekat.