Home Bahasa Melayu Peruntuk RM800 Juta Bina Hotel Mewah Di Melaka Gateway

Peruntuk RM800 Juta Bina Hotel Mewah Di Melaka Gateway

Rangkaian hotel terkenal antarabangsa Hyatt Place, memperuntukkan RM800 juta bagi membina hotel mewah bertaraf lima bintang di Melaka Gateway.

Hotel yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2018 itu bakal mempercepatkan lagi transformasi pembangunan ‘Melaka Gateway’ sekaligus memberi impak positif kepada sektor pelaburan dan pelancongan di Melaka.

Projek ‘Melaka Gateway’ bernilai RM40 bilion, adalah projek pembangunan hartanah tiga pulau buatan manusia yang dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2025.