Home Bahasa Melayu Polis Tidak Kompromi Salah Laku Anggota

Polis Tidak Kompromi Salah Laku Anggota

Polis mengenal pasti beberapa anggotanya yang didakwa menerima rasuah bagi memudahkan kemasukan pendatang asing tanpa izin melalui perairan Tawau di Sabah.

Ia susulan pendedahan sebuah program televisyen di Indonesia, yang menjadi viral baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap apa juga pelanggaran integriti atau salah laku membabitkan mana-mana anggotanya.