Demikian diputuskan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Pada sidang media sebentar tadi, Ketua Pengarah ROS Surayati Ibrahim berkata tindakan dibuat mengikut
Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966.
Bagaimanapun ujar beliau, sekiranya dalam tempoh 30 hari bermula hari ini Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyerahkan butir-butir maklumat dan dokumen yang diperintahkan dalam notis bertarikh 28 Februari lalu, ROS boleh membatalkan perintah pembubaran sementara ini.
Jika gagal berbuat demikian perintah pembubaran akan menjadi mutlak dan PPBM akan dibatalkan.