Home Bahasa Melayu Program Lahirkan Pekerja Mahir Secara Percuma

Program Lahirkan Pekerja Mahir Secara Percuma

Golongan belia di Johor yang tercicir dalam pendidikan, kini berpeluang menjadi pekerja mahir melalui program khas yang dikenali sebagai 1 Belia 1 Kemahiran.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, program itu hasil kerjasama Majlis Belia Negeri dengan Johor Skilss.

Beliau terdahulu menyaksikan MoU antara Majlis Belia Negeri Johor dan Johor Skills, sempena Perhimpunan Belia Negeri Johor, di Kota Tinggi.

Majlis Belia Johor diwakili Presidennya, Mahadir Nasib dan Sohor Skills oleh Datuk Bruce Lim.

Kerjasama itu membabitkan pelbagai program dan latihan, bersesuaian dengan bakat yang dimiliki belia.

Empat program utama ditawarkan iaitu program khas untuk golongan yang diberhentikan kerja, program peningkatan kemahiran untuk graduan menganggur.

Program sijil kemahiran untuk pekerja industri dan program khusus untuk pakar industri.

Semua program berkenaan ditawarkan secara percuma.