Home Bahasa Melayu Rosyam Nor Berjalan Kaki Sejauh 47.2 Kilometer Ajak Masyarakat Hayati Al-Quran

Rosyam Nor Berjalan Kaki Sejauh 47.2 Kilometer Ajak Masyarakat Hayati Al-Quran

Pelakon dan pengarah filem, Datuk Rosyam Nor memulakan misi berjalan kaki sejauh 47.2 kilometer ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak, Selangor sempena kempen ‘Walk For World Quran Hour’.

Misi berkenaan bagi mengajak masyarakat menghayati intipati Al-Quran serta pengisiannya.

Beliau bergerak dari Masjid Karangkraf di Shah Alam dengan diiringi beberapa NGO.

Misi bagi memaklumkan kepada masyarakat Islam berhubung sambutan ‘World Quran Hour’ pada Ahad ini.

Program “Walk For World Quran Hour” adalah usaha kemuncak untuk terus mengajak orang ramai mengikuti program ‘World Quran Hour’.

Menerusi program ini, masyarakat Islam diajak meluangkan masa selama satu jam bagi membaca dan menghayati Al-Quran.