Home Bahasa Melayu Rugi RM10, 000 Bengkel Ditenggelami Air Kali Ke 2

Rugi RM10, 000 Bengkel Ditenggelami Air Kali Ke 2

NX Digital

Seorang mangsa Mohd Fuad Mohd Ali mendakwa kerugian RM 10,000 selepas bengkel kereta miliknya ditenggelami air kali kedua tahun ini.

Kejadian yang sama melanda kampung berkenaan April lalu menyebabkan sebuah kereta yang baru siap dibaikpulih ditenggelami air sedalam 0.5 meter.

Pesara Tentera ini membuka perniagaan kedai membaiki kereta, Anjung Budi Garage sejak tiga tahun lalu .

Justeru beliau berharap pihak berwajib mengambil pendekatan proaktif bagi membesarkan sistem peparitan bagi mengelak banjir berulang.